3rd April, 2019
Pertandingan Sahibba [ Perjumpaan Ke-6 Sesi Pagi ]
Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan perjumpaan yang keenam pada 26 Februari 2019, iaitu hari Selesa. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah pertandingan sahibba.
Para peserta berkumpul di Bilik B8 sebelum pertandingan bermula. Guru penasihat menerangkan peraturan-peraturan tentang pertandingan sahibba. Selepas itu,pertandingan dijalankan. Sebahagian ahli Persatuan BM telah menjadi pengadil untuk mengira markah. Selepas pertandingan,keputusan telah disenaraikan kepada guru penasihat. Setelah itu,pengerusi telah mengumumkan keputusan kepada para peserta.
Pertadingan ini dijalankan dengan lancar. Selepas pertandingan tersebut tamat, para peserta pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang
Posted at 10:42 pm | Comment (0)
3rd April, 2019
Latihan Peribahasa [ Perjumpaan Ke-5 Sesi Pagi ]
Pada 19 Februari 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali keempat di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah latihan peribahasa.
Cikgu telah memberikan latihan peribahasa kepada ahli persatuan untuk dilakukan. Setelah itu, cikgu menerangkan latihan tersebut dan menyuruh semua ahli untuk menyiapkannya. Seterusnya, cikgu juga membincangkan maksud dan penggunaannya dengan teliti kepada ahli persatuan.
Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 10:41 pm | Comment (0)
3rd April, 2019
Permainan Peribahasa [ Perjumpaan Ke-4 Sesi Pagi ]
Pada 29 Januari 2019, hari Selasa, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan perjumpaan kali keempat di Bilik B8. Aktiviti dijalankan pada hari ini adalah permainan peribahasa.
Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Oleh itu, cikgu telah menyediakan kad-kad permainan peribahasa untuk dimainkan bersama-sama.
Ahli-ahli persatuan telah diberikan kepada tiga kumpulan . Setiap kumpulan memilih satu ahli untuk melukis gambar yang berkaitan dengan maksud terhadap kad yang disediakan dan seterusnya akan ditekakan oleh kumpulan-kumpulan. Markah yang tertinggi boleh mendapatkan hadiah yang diberikan oleh cikgu. Peribahasa bukan sahaja boleh digunakan dalam penulisan ayat atau karangan tetapi juga digalakkan untuk menggunakannya semasa kita bertutur.
Setelah perbincangan kumpulan, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Malaysia.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 10:14 pm | Comment (0)
3rd April, 2019
Latihan Nilai-nilai Komsas [ Perjumpaan ke-3 Sesi Pagi ]
Perjumpaan yang ke-3 pula diadakan pada hari selesa, iaitu 22 Januari 2019. Pada hari ini, cikgu telah menyenaraikan nilai-nilai komsas di papan hitam dan menerangkan terhadap nilai-nilai tersebut. Setelah itu, cikgu membahagikan ahli-ahli persatuan kepada beberapa kumpulan dan menyuruh ahli membincangkan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam kehidupan kita.
Cikgu menggunakan cara yang menarik untuk menjalankan latihan ini. Cikgu mengarahkan ahli persatuan menggunakan nilai-nilai komsas yang disenaraikan tadi untuk menulis sebuah cerita dan membentangkan ceritanya di hadapan kelas.
Ahli-ahli persatuan telah mempelajarkan 17 nilai komsas melalui latihan ini. Oleh itu, ahli-ahli persatuan dapat menggunakan nilai tersebut dalam komsas dan juga menerapkan nilai yang baik dalam kehidupan mereka.Berikut ialah nilai-nilai komsas yang dipelajari :
-
baik hati
-
berdikari
-
hemah tinggi
-
hormat-menghormati
-
kasih sayang
-
keadilan
-
kebebasan
-
keberanian
-
kebersihan fizikal
-
kejujuran
-
kesederhanaan
-
kerajinan
-
kerjasama
-
kesyukuran
-
rasional
-
semangat bermasyarakat
-
patriotisme
Selepas itu, ahli-ahli pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
“SEHATI SEJIWA”
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan China Pulau Pinang.
Posted at 9:37 pm | Comment (0)
3rd April, 2019
Kuiz Tatabahasa 2019 [ Perjumpaan Ke-2 Sesi Pagi ]
Persatuan Bahasa Melayu sesi pagi telah mengadakan perjumpaan yang kedua pada 15 Januari 2019. Pada hari ini, kita melakukan latihan tatabahasa yang disediakan oleh Cikgu Eng Fang Fang. Setelah siapkan, cikgu membincangkan latihan tersebut dan berkongsi ejaan yang lebih susah kepada ahili-ahli persatuan.
Melalui perbincangan ini, ahli-ahli persatuan telah memperlajari banyak kosa kata yang berguna dalam karangan atau percakapan dan juga mengenali perkataan yang baharu dan lebih dalam. Tuntasnya, latihan in berjalan dengan lancar dan bermanfaat kepada ahli persatuan.
Setelah perbincagan kumpulan, ahli-ahli persatuan pun bersurai tepat pada pukul 3 petang.
” SEHATI SEJIWA “
Khas daripada,
Persatuan Bahasa Melayu.
SMJK Perempuan Cina Pulau Pinang.
Posted at 8:49 pm | Comment (0)